Syarat-syarat berikut adalah ditetapkan:
- Anak yang kematian ibu dan bapa.
- Anak yang kematian bapa.
- Anak yang kematian ibu.
- Umur dari 7 tahun hingga 12 tahun ketika memohon. (Had penjagaan ialah sehingga 19 tahun).
- Beragama Islam (anak yang bukan beragama Islam boleh dipertimbangkan dengan syarat penjaganya memberikan persetujuan bertulis bahawa anak itu boleh dididik dengan didikan Islam).
- Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sijil kematian ibu dan bapa yang telah disahkan oleh Pegawai Pendaftaran.
- Salinan surat beranak yang telah disahkan.
- Semua permohonan hendaklah disahkan dan disokong oleh orang-orang tertentu seperti:
- Imam Kampung dan Ketua Kampung.
- Pegawai Kebajikan Daerah.
- Pegawai Perhubungan atau Penolong Pegawai Perhubungan JHEAINS.
- Pegawai Perubatan.
- Penyelia Sekolah/ Guru Besar Sekolah.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan Kad Pengenalan Ibu, Bapa atau Penjaga.
- Borang-borang permohonan boleh didapati di Rumah Anak Yatim Tambunan atau Pejabat-Pejabat Perhubungan Daerah JHEAINS.
- Warganegara Malaysia berasal di Negeri Sabah.
- Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar dengan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar dengan tangan atau pos kepada; Pengetua,
Rumah Anak Yatim,
Peti Surat 36,
89657 Tambunan. - Pegawai atau kakitangan Rumah Anak Yatim akan membuat penyiasatan sebaik menerima permohonan.
- Sekiranya tidak mendapat sebarang jawapan dalam masa sebulan setelah penyiasatan, anggaplah permohonan tuan/puan tidak Berjaya.
- Ibu, bapa atau penjaga tidak dibenarkan menghantar anak ke Rumah Anak Yatim sebelum mendapat kelulusan bertulis.
- Setelah mendapat kelulusan, ibu, bapa atau penjaga hendaklah menandatangani borang-borang berikut:
- Surat akuan memberi kebenaran dan melepaskan anak tersebut mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Rumah Anak Yatim atau sekolah seperti bersukan dan lawatan.
- Surat akuan memberi kebenaran kepada Pengetua Rumah Anak Yatim bagi pihak ibu, bapa atau penjaga, menandatangani dokumen pembedahan ke atas anak berkenaan apabila doperlukan oleh pihak Hospital atau Pegawai Perubatan.
No comments:
Post a Comment