Rumah Anak Yatim Tambunan ialah satu-satunya institusi kebajikan yang ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Sabah. Sekarang apabila Majlis Ugama Islam Sabah telah di Jabatankan sebahagian daripada fungsinya, Rumah Anak Yatim Tambunan telah ditadbirkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah pada tahun 1997.
Sejarah penubuhan dan pembinaan institusi ini adalah diilhamkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Y.A.B Dato Harris Mohd. Salleh.
Pembinaan Kompleks ini bermula pada awal tahun 1981 dan siap pada tahun November 1983 di atas sebidang tanah seluas 15 ekar dengan kos perbelanjaan berjumlah RM5.3 juta.
Rumah Anak Yatim ini mula beroperasi dengan menerima penghuninya pada bulan November 1983 seramai 54 orang sahaja daripada pelbagai suku kaum yang datang dari seluruh pelusuk negeri Sabah.
Rumah anak yatim yang tersergam indah di daerah yang aman dengan alam semulajadi berbukit dan menghijau ini dengan rasminya dibuka oleh Y.A.B Dato Musa Hitam iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 3 Ogos 1984 bersamaan hari Jumaat 5 Zulkaedah 1403H.
No comments:
Post a Comment